KANAK-KANAK PALESTIN PULA KUTIP DERMA UNTUK BANTU CELTIC YANG BAKAL DIDENDA UEFA



Tindakan ini ternyata satu tindakan yang akan buat sesiapa sahaja terharu.
Masih anda ingat? Peristiwa di Celtic Park di mana penyokong Celtic beramai-ramai mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan play-off UEFA Champions League menentang Hapoel Beer Sheva.
Ya, peristiwa itu mendapat sokongan ramai pihak tetapi ianya tidak dipersetujui oleh UEFA.



Celtic bakal didenda £16 ribu diatas kesalahan – menyampaikan mesej yang tidak bersesuaian dengan acara kesukanan, terutamanya mesej yang menyentuh ideologi politik, keagamaan, provokasi atau menyakitkan hati mana-mana pihak.
Oleh itu, penyokong Celtic telah pun mengumpulkan dana sebanyak jumlah denda yang kelab Celtic perlu bayar untuk didermakan kepada warga Palestin.
Sasarannya adalah £30 ribu sahaja, tetapi kini jumlah sudah melebihi £100 ribu!
Mendapat tahu perbuatan penyokong Celtic ini, kanak-kanak di Palestin cuba untuk ‘membalas’, dengan mengumpulkan wang sebanyak mungkin untuk membantu Celtic membayar denda UEFA.

Anak-anak Palestin ‘membalas’ budi penyokong Celtic
Kanak-kanak Palestin yang dipercayai tinggal di kem pelarian di Tebing Barat membuat sesi kutipan derma untuk membantu Celtic membayar denda UEFA.
Kanak-kanak itu beratur beramai-ramai sambil meletakkan wang sumbangan mereka ke dalam satu kotak yang dijadikan sebagai tabung.
Kotak itu diwarnakan dengan warna masyhur Celtic iaitu jalur hijau dan putih sambil tertera ayat Thanks Celtic (Terima Kasih Celtic).
Mereka beratur sambil membawa bendera Palestin, ada yang menggunakan wang yang mereka simpan di dalam tabung mereka sendiri!
Ucapan terima kasih
Terdahulu, beberapa warga Palestin telah merakamkan video ucapan terima kasih kepada penyokong Celtic kerana mengutip dana untuk membantu mereka.
Mereka yang merakamkan video tersebut merupakan penghuni kem pelarian Lanjee Center yang terletak di Bethlehem, selatan Tebing Barat.
Kem yang itu dikhaskan untuk warga muda yang berasal dari Palestin sahaja.
Dalam video tersebut, mereka memakai jersi Celtic sambil memegang kad manila dan kain rentang yang tertera logo Celtic, Green Bridgade (gerakan ultras Celtic) dan ucapan ‘terima kasih Celtic’.
Dalam video itu juga mereka mengucapkan ucapan terima kasih kepada penyokong Celtic kerana bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan mereka juga menyanyikan chant Celtic.

Celtic akan mengetahui nasib mereka sama ada bakal didenda oleh UEFA ataupun tidak pada 22 September 2016.


EmoticonEmoticon