Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Dipukul Separuh Nyawa Dan Diugut Parang Dileher. Wanita Ini Nekad Bersembunyi Dan DEDAH Penderitaannya Selama Ini !!!

Seorang wanita telah memuat naik satu status di facebook bagi mempertahankan tindakannya yang telah diperlakukan dengan zalim oleh suaminya yang juga seorang pegawai SPRM.

nvbnb

Suaminya yang juga seorang muallaf masih belum cukup lagi mendalami ilmu agama. Malah wanita ini mendakwa suaminya itu uga telah 3 kali melafazkan cerai di mahkamah namun suaminya itu menafikan dengan membuat lafaz akad sumpah.
Di bawah ini adalah luahan wanita tersebut :
Bismillahirrahmanirrahim. Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku. Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran. Setahun perkahwinan kita.
Dalam tempoh itu aku di pukul bagaikan binatang berkali2 tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil adam yg baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku. Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur. Kau hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua.
Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat opret sebab luka pd faraj aku. Masa mengandunh kau duduk atas perut aku yg dh 7 bulan lepas tu cekik aku. Yang lebih kejam kau main dgn betina kat luar siap rakam fan balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna. Nafkah kau bagi rm200 lepas tu kau minta balik. Kau paksa aku hisap KON*K anak aku Adam depan kau. Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing. Kau main aku macam pelacur. Allahuakbar.
Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh. Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan. Terlalu byk peluang aku bagi pada jantan macam kau! Sampaikan skrg ni kau tuduh bapak aku culik aku & anak2. Kau cakap aku sekeluarga berajaran sesat. Kau sedar x baru 3 tahun kau masuk islam? Mengucap pun x pandai.
Ngaji pun kau x tahu. Kononnya belajar agama tapi wayang di fb semata2. Main betina. Hisap batu. Pukul bini & anak. Islam mana kau ikut? Suka2 kau kafirkan bapak aku. Bapak aku pun kau panggil padil pukimak. Mak aku pun kau panggil sampah? Apa jenis menantu kau ni? 3x kau lafaz cerai tp bila di mahkamah kau siap angkat sumpah xnak ngaku. Aku silap & benar2 silap pilih kau sebagai pelindung aku.
Rupanya kau manusia paling zalim & kejam di muka bumi ni. Kau pegawai #SPRM tp tatatertib kau mana? Hisap batu. Mabuk. Allah menjadi saksi segala yang engkai lafaz & lakukan.
Demi anak2 tak sesekali aku kembali pada kau & aku tak kan maafkan kau. Dh sebulan buat report tapi x ada apa2 tindakan diambil. Aku serah pada Allah shj.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Masyaallah!!! Budak 3 Tahun Ni MENANGIS Tak Henti2. Apa Doktor Jumpa Dalam Hidungnya Sgt MENGEJUTKAN !!!

Budak perempuan 3 tahun ni tak boleh tidur waktu malam dan asyik-asyik menangis je. Akhirnya mak bapak dia mengalah dan bawa di pergi klinik.

1

Doktor guna alat dipanggil Neti Pot. Sangat terkenal kat luar negara. Doktor cuba sedut hingus dan kahak budak tu. Korang mesti terkejut apabila jumpa. Tu diaaaaaaaaaa. Selambak hingus dan kahak. Tak dapat bayang budak kecil ni punyai hingus yang sangat banyak tersangkut di dalam. Patut la takleh tidur. Huhuhu. Boleh tengok video cara doktor tu rawat guna Neti Pot kat bawah ni. KREDIT HEALTHY FOOD TEAM.

'Siapa Sebenarnya Bini Aku?' Hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya!!

Aku tergerak hati nak tulis since baca ‘Abang makenik’. Kalau yg tulis tu bini dia, kali ni yg tulis lelaki. A.k.a suami. Opss bukan suami akak tu. Sebelum tu, thanks laa kt page iium ni. Aku tergerak nk tulis pun sebab xtau nak luahkan mcmne.
Aku dah kawin. Usia perkahwinan aku nak dekat 8 tahun dah. Dr tiada apa2 sampaikan dah kaya raya . (Bukan nak riak tp aku nak ajak korang selami kehidupan aku kejap supaya korang boleh feel sikit story ni)
Kau selalu tgk drama? Yee mmg aku ni menyampah nak mampus tgk drama pukul 7 tu. Entah terapa2 jee. Syukurlah bini aku ni pun tak pernah melayan cite2 sampah mcm tu.
Sebelum kawin, aku zero. Takde pape. Aku kawin atas dasar pilihan keluarga. Bini aku, aku tak pernah jumpa. Mak dia penah bg gambar , tp gambar sekolah. Kau faham2 jela perempuan time sekolah mcm mana.
Waktu nak merisik2 tu, mak bini aku tak pernah bagitau apa special nya anak dia. Sume biasa2 jela. Aku ingat lagi ayat mak bini aku a.k.a mak mertua aku.
“Anak makcik tak special pun. Tak pandai masak. Bangun pun lambat. Kemas rumah pun jarang. Solat? Hmm tu pun ada lompong2. Kalau Syuk (bukan nama sebenar) boleh bimbing dan asuh dia, Inshaa-Allah lama2 cantik la tu perangai dia. Yelaa anak makcik rupa pun biasa2 je.”
Dalam hati aku, “mak aku ni pun satu. Dia kata budak ni special. Ape hebatnya kalau mak dia dah buat pengakuan gini? Arghh gila! Aku pun solat tunggang langgang, rumah pun selama ni mak aku yg kemaskan. Ni kalau dua2 pengotor, mcm mana?!”
Tapi mak aku setuju. Dia sudi bermenantukan ‘menantu pengotor dan buruk perangai” tu. Aku terima jela sebab aku pun bukan hensem sangat pun. Kalau nak dibandingkan dgn Aeron Aziz, aku kurang tang badan je. (Kah kah kah.)
So sepanjang preparation perkahwinan, dia tak pernah keluar . Tak pernah laa aku tgk. Tp mak dia ckp, semua dia dah bagi duit. Cuma dia sibuk je dgn urusan luar. Taktau lee kerja apa minah ni sampai sibuk kalahkan PM. Aku malas nak tanya walaupun geram pun ada.
Waktu nikah tu, dia datang lambat! Gila. Berpeluh aku tunggu kot2 dia cancel last minute ke or lari rumah ke. So bilaa dia datangg dgn berpakaian pengantin putih……
Perhhh…! Bini aku woiii. Cun gilaaa. Padahal takde mak andam. Dia balik2 terus salin and pakai lipstick cair je aku tgk tp dah berjaya goda aku. He he heee.
Aku tgk tangan dia mengeletar. Dia tak angkat muka pun. Dia tunduk je. Salam pun segan2. Oh lupa. Majlis kitorang kecik je sebab tu request bini aku. Dia taknak besar2. So mmg simple.
Malam pertama, ehem2. Jangan salah sangka. Aku just nk story benda pelik pasal bini aku je. Dah masa pg td dia dah dtg lambat bagai sebab buat kerja ape ntah kt luar. So mlm tu, dia tido awl. Kau nak tau dia tido mana? Kat sofa bilik je. Bukan atas katil.
Aku mula la rasa kesian. Aku nak kejut dia suh bangun tido kt katil. Tapi sebelum tu aku usha2 muka dia dulu. Cun jugak bini aku woii. Kalah nora danish ke, cat farish ke, varnish ke, bini aku mmg cun gilaaakkk! Arggh tak dapat ku ucapkan dgn kata2 nak puji bini aku ni.
So tgh aku tenung2 tu, entah mcm mana dia tersedar terus melompat and menjerit. Dgn aku2 terlompat sampai terhantuk kepala aku. Dah kenapa?? Rupanya dia terkejut tgk aku. Dia lupa dia dah kawin. Sabar jelaa aku.
Mak pak aku sume dah ketuk2 bilik sebab ingat aku buat apa ntah gan menantu kesayangan dia ni. Malu aku malam tu kena sindir. So aku malas nak cite banyak2 pasal ni. Aku cuba skip sebanyak mungkin. Tp klau panjang jugak, sorry la wehh.
Sejak dah kawin, rezeki aku murah. Dr keje
iasa2 kt tgh2 panas terik, skg alhamdulillah aku dah keje dlm opis. Aku pun pelik, kelulusan aku biasa je. Aku xde lak mohon keje ni tp tiba2 dpt interview. And interview aku pun hancusss ke laut tp boleh dpt keje? Ahh rezeki lepas kawin kott…
So sejak keje opis, aku xpandai sangat guna komputer. Stiap kali aku kene tegur dgn bos sb ayat aku ni banyak tertukar jd bahasa komputer la ape la. Aku mana tau nak setting bagai haram jadah tu. So satu hari tu aku kene handle projek. Pelik gila? Aku kuli je tp dlm tempoh singkat je aku sikit2 naik pangkat. Tapi serius keja aku mcm taikk laa. Aku stress betul guna komputer! Tp bini aku tgk je aku buat. Dia bg smngt sikit2.
Esok tu ada presentation. Satu haram jadah aku tak prepare pape sb aku geram tak reti guna slide show powerpointer jadah ape aku taktau laa! Esoknya aku kelam kabut nak gi keje. Bini aku ni jenis cool. Semua barang2 aku dia dah sediakan. Pakaian dah iron, kasut polish, tie sume padan laa dgn warna baju. Pelik kan? Mak dia kata anak dia tak reti fesyen2 tp semua deco rumah dia yg uruskan, pakaian aku dia yg padankan tapi mmg serius segak ar kontra warna dia semua. Sampaikan jujur aku ckp, ramai budak2 ofis ada yg mengatal kt aku.
Jadi dia bg laa aku bag laptop. Aku malas nk bawak sb tak siap kot. Dia cuma kata baca doa “Lau anzal na” utk lembutkan hati bos. Dia banyak ajar aku bab doa2 hafalan. Mak dia kata dia solat pun lompong2? Tapi setiap kali solat, dia yg bentangkan sejadah ? Dia mengaji sementara tunggu waktu. Ahh aku makin tak boleh hadam ayat mak dia dgn realiti depan mata aku ni!!
Waktu aku nk hadap bos aku, aku baca doa yg bini aku ajar. Aku on je laptop aku tgk keje2 aku siap! Siap weh! Siapa yg habiskan?! Rumah aku ada jin keeee? So presentation aku dpt pujian. Dan aku terus dinaikkan pangkat lagi sb projek aku berjaya.
Setiap kali aku cite kt bini aku, dia senyum je. Tapi waktu aku susah dlu, time aku takde duit, bini aku selalu hulur. Pelik aku. Dia mana keje. Mak dia ckp dia dulu belajar pun hancuss. lama2 aku rasa aku nak siasat sendiri siapa bini aku sb mak dia ckp semua mcm bertentangan.
Satu hari tu aku selongkar bilik. Bini aku kat bawah tgh masak. Pasal masak kau takyah cakap. Kemainn la sedapp! Aku bukan nk puji tp dah mak dia ckp dia xreti serba serbi, so bila kau yg kawin, kau tgk semua nye tip top, so sape yg problem sebenarnya?
Aku selongkar semua laci2 dia. And kau tau aku jumpa apa? Fail! Fail sijil2 bini aku. Terbuntang bijik mata aku. UPSR 5A, PMR 8A, SPM 11A1. Kau rasa? Belum lg tgk sijil2 dia kat U. Bini aku ni sape sebenarnya ni?!
So pagi2 aku start keluar keje mcm biasa. Tp sebenarnya aku tak pegi sebab nak skodeng bini aku. Sb aku dah rasa musykil dgn bini aku sb kadang2 dia cakap fon kt rumah tp bila aku dtg, dia matikan. Yeee mmg mcm drama tp tulaa yg aku hadap.
Puas jugak aku tunggu. Takde pape pun. Aku dah mcm nak give up. Tp bila aku baru nak gerak, aku nampak kete mewah stop depan rumah aku. Aku dah panas. Tp nasib baik yg keluar dr kete tu perempuan. Aku tgk tangan2 dia penuh fail. Dia bagi fail and bini aku belek2 pastu aku nampak mcm dia tulis or sign kot. Pastu perempuan tu blah. Betambah2 stress aku! Fail ape pulak tu! Sape perempuan tadi tu?!
Aku pegi ofis mmg takde mood . Habis semua aku tak kena kat mata aku. Aku tak kira! Aku nak cari sampai dpt sape bini aku tu.
Balik je aku buat2 taktau. Aku tak bercakap kat bini aku tp harini dia lain. Dia happy semacam. Tp bila aku buat cmtu, dia diam je. Sepanjang aku kawin, belum penah lg dia bergedik2 mcm perempuan dlm drama tu yg syak wasangka kt suami kalau balik lambat ke ape ke, dia cool je. Dia buatkan air and offer nak urut aku. Tapi aku tak boleh control diri. Aku tercampak cawan kt tangan dia. Bukan dia je terkejut, aku pun terkejut! Aku tak sengaja. Aku nampak dia terkaku tp aku buat2 masuk toilet nak pegi mandi.
Arghh aku tak boleh tahan! Aku kena tanya! Keluar je toilet,aku nampak dia dh landing atas katil senyum2. Aku tak kuasa dah ! Aku tarik tangan dia suh mengaku! Dia siapa sebenarnya! Aku tanya mcm2 soalan sampai dia tercengang2. Belum sempat dia bukak mulut,aku tertampar kuat muka dia. Sumpah aku betul2 tak boleh kawal diri. Otak aku serabut pikir dia tu siapa!
Mmg kuat gilaa ar aku tampar! Kau faham2 jela kalau laki tgh mrh kalau dia tampar mcm mana. Merah pipi bini aku. Bini aku dah la putih mmg merah gila muka dia. Dia jatuh mcm dlm drama tv tu. Menahan sakit tp sikit pun dia tak bersuara mcm dia tau salah dia. Tp aku tgk baju putih tido dia tu berdarah. Kenapa pulak aku tampar atas, bawah yg berdarah??!
Aku lagi stress. Stress cmpur serba salah. Aku terus angkat dia bawak pegi hospital. Rupanya bini aku mengandung! Patut dia happy! Tapi aku bercampur baur! Aku taktau nak rasa gembira atau sedih atas kehilangan anak pertama aku sebab aku! Sumpah aku taktau bini aku mengandung!
Tp spnjng aku jaga bini aku, dia sikit tak marah aku. Aku kelu nak tanya benda2 kt otak aku tu. Aku ingat lg ayat dia.
“Bukan salah abg. Kalau Allah tak izinkan, anak kita still hidup kan? So semua yg berlaku atas izin Allah. Bukan salah sesiapa. Semua berlaku ada sebab dan hikmahnya. ”
Maaf aku tak dapat nk taip panjang2 sebab terkenang kes dulu. Aku sedih sangat2 bila nak cakap pasal ni . Bila orang tanya, “knp bini kau masuk hospital? Knp anak kau mati? Knp muka pipi kau nampak lebam?”
Kalau aku dah ok, aku cuba sambung cerita siapa sebenarnya bini aku tu. Tapi kalau korang nak marahkan aku, dipersilakan. Aku btl2 menyesal dgn apa yg aku buat kat bini aku. Inshaa-Allah ada masa lagi aku share. Ni aku sudi taip pun sb tiba2 teringat perbuatan aku tu. Sorry sb ayat aku terabur. Aku punya bm bukan A pun.
Kalau bini aku terbaca ke, abang mintak maaf atas segala perbuatan abang. Bukan niat abang nak lukakan hati sayang. Abang cuma terkilan kenapa sayang sembunyikan siapa diri sayang sebenarnya…

Aku pendekkan cerita. Mmg aku tulis tajuk tu mcm soalan. Sb aku tertanya2 sape bini aku. Biar kau rasa mcm mana aku rasa bila otak aku serabut syak wasangka kt bini aku. Kau tak pelik ke? Mak dia ckp semua negatif pasal dia tp bila aku kawin dia mcm “sempurna” depan aku.
Drpd aku takde pape sampai aku dah berduit. Mcm mudah gila! Aku punya kelulusan teruk wehh. Mcm mana aku boleh dpt keje gitu je dlm opis. Pastu naik pangkat satu2. Pastu bini lak buat aku lagi serabut.
Mmg 8thn aku dah kawin. Sampai laa ni aku taktau dia siapa sb aku tak berani nak tanya sejak aku tampar dia. Kau faham tak? Mmg otak aku pun dah tercalit mcm otak perempuan2 yg layan cite tv3 tu. Bini aku ceo ke? Dia kaya raya ke? Eh laki, kalau kau kat tmpt aku, apa kau fikir? Aku fikir lain jer. Aku fikir dia ada laki lain ke time tgk dia pegang fon gayut2 pastu bila aku dtg dia matikan.
Sebab tu tajuk aku bersoalan. Kot2 aku luahkan ni, korang sudi bantu aku. Tp hampehhh. Haree jadahh. Aku menyesal dgn perbuatan aku. Tp pd masa yg sama, aku sedih bini aku masih buat2 xtau. Kalau dia lebih hebat dr aku, mengaku je. Tak perlu la diam kaku nak menangkan aku dlm keluarga. Aku tau aku belajar tak tingi tp kalau da rezeki dgn bini pandai nk buat cmne.
Alhamdulillah 8thn perkahwinan aku bertahan walaupun mcm2 setan jin dan kwn2 opis hasut aku. Tp skg aku x kemaruk sgt dh nak tau sape bini aku sb bg aku dia baik dan jaga aku dan anak2(aku dah ada 3 anak. Cukup la kot buat masa ni)
Bini aku la perempuan terbaik dlm hidup aku. Makan minum pakaian aku mmg dia jaga baik.
Tujuan aku cerita, bukan niat nak burukkan bini aku. Niat aku, siapa pun bini kau, cuba la terima seadanya wlaupun setan jin sume hasut ko nak ceraikan bini la pukul bini la sb soalan ko xtrjwb. tp sungguh, tula tamparan awl dn akhir aku spnjg 8thn ni. Xberni aku nk naik tgn dgn dia.
Rumah -kemas
Baju-ari2 bercuci
Makan -ari2 masak sedap
Pakaian-sentiasa berlipat dan iron
Lain2-semua tip top
Apa lg aku nak setakat jwpan siapa dia sebenarnya? Aku cite sb aku nk laki2 sana xjd mcm aku. Yg xtau hargai wanita dpn mata aku ni. Yg xtau bersyukur dan brterima kasih. Yg trlalu ikutkan hti aku smpaikan aku lukakan hti org yg dah jaga dan penuhi segala kemahuan aku. Dia letih tp xpnh ckp. Dia nk baju cntik2 tp xpnh mntk. Dia nk mkn sdp2 kt luar,tp xpnh paksa aku sb aku xbrduit dulu! Aku xmampu mewahkan dia. Tp bila setan dh kuasai aku, aku rasa aku xguna sb rasakan dia lg hbt dn penuhkan segala kekurangan aku. Bukan aku!
A’ah! Aku nak wanita solehah. Aku nk perempuan cntik. Aku nk yg pndai masak. Semua yg baik2 aku nk tp aku xubah diri aku. Bila dh dpt, aku buat dia mcmtu. Aku mnyesl tau x?!
Biarlah org nk ckp ape sb aku mmg xpnh cite mslh umah tga aku sb mmg org akn gelak. Aku tau tp xpe. Kalau btl bini aku ada smbunyikn ssuatu, suatu ari nti psti trbongkr. Cuma aku jela kena brsyukur skurg2nya dia xpnh abaikan aku dn ank2.
So siapa pun bini aku, aku dh bljr trime dia seadanya.wlaupun 1 ari nti perit utk aku terima, doakan aku sbr dn xbaran mcm dulu. Sori sb buat korg stress cite aku. Klu ko rasa best sgt life mcmni, aku doakan korg dpt la jumpa bini or somi yg misteri smcm. As long dia xbuat prgai pelik,aku hrp korg still sbr dn hrungi kluarga brthn2 lma mcm aku ni.

KISAH ASAL USUL BATU HAJAR ASWAD, JANGAN TERKEJUT SATU HARI NANTI BATU INI DAPAT BERKATA-KATA..

Disini nak kongsikan kepada pembaca semua tentang asal usul Batu Hajar Aswad. Dimana mesti korang tertanya-tanye kenape sampai berebut-rebut kaum muslimin nak mencium batu tersebut.
Hajar Aswad di Makkah 
SEJARAH PENEMUAN BATU HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. 

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.” 

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari 
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?” 

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).” 

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. 

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. 



Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab 

Apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).” 

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Baihaqi dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Sejarah awal mendedahkan secara kasar, Hajarul Aswad pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, mengatakan bahawa Hajarul Aswad berasal dari syurga. Juga diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajarul Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Kesemua riwayat - riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Bagaimanapun, saintis Barat mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.

An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarul Aswad bersaiz mikro. 

Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Hajarul Aswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajarul Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kota Mekah mengalami banjir besar yang menyebabkan kerosakan teruk pada Kaabah. Setelah selesai kerja-kerja membina dan membaikpulih semula Kaabah, timbul satu pertelingkahan dalam menentukan siapakah yang paling berhak meletakkan Hajarul Aswad pada Kaabah. Pertumpahan darah hampir-hampir berlaku di antara kabilah-kabilah di Mekah.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang yang mula-mula sekali memasuki pintu Safa adalah Nabi Muhammad dan dengan ini maka Bagindalah yang paling berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya.Namun begitu, untuk memberi peluang kepada ketua-ketua kabilah yang lain membawa Hajarul Aswad ke Kaabah maka Baginda telah melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

Hajar Aswad diletakkannya di atas serban tersebut lalu Baginda meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan mengangkatnya secara bersama-sama. Setelah Hajarul Aswad sampai di Kaabah, Nabi Muhammad memegang Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya. Tindakan ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajarul Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), (seorang ahli sejarah kelahiran Mekah) bahawa Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajarul Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.

Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 809M=189 H, Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Bani Abbasiah (786-809 M), ketika Baginda melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan pada tahun 1268 H oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Daulah Uthmaniah ( 1225-1277 H=1839-1861 M ). Baginda telah menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajarul Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.

Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Kemudian pada tahun 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad atau Muhammad V, ( 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru.

Sehingga ke hari ini, Hajarul Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak demi untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya

“Banyak produk kosmetik tempatan popular yang bahaya tapi ramai tak percaya” Wanita ini dedah cara untuk tahu sama ada produk kecantikan berbahaya atau tidak


Sejak kebelakangan ini dilihat banyak pula kisah orang ramai yang terkena dengan produk kecantikan dalam dan luar negara, rata-rata mereka memuatnaik naik di laman sosial berkaitan muka mereka yang ‘rosak’ selepas memakai produk yang dibeli.
Memang diakui diluar sana terdapat pelbagai produk kecantikan ada yang berasaskan kimia tidak sesuai dengan sesetangah kulit dan ada yang organik diperbuat daripada bahan semula jadi.
Ada produk yang merbahaya dipakai terutamanya produk tiruan yang menggunakan jenama terkenal.
Jadi bagaimana nak tahu produk berkenaan selamat digunakan atau tidak? seoran wanita bernama Shida Idris telah berkongsikan satu tips mudah untuk mengenal pasti produk berkenaan merbahaya atau tidak.
**Apa yang ditulis beliau adalah berdasarkan pengalamannya, bukan kajian saintifik mana-mana pakar kecantikan.
Jom kita baca.
Haritu aku ada terbaca viral kisah seorang anak gadis yang masih muda, muka dia teruk berjerawat lepas pakai satu produk tempatan. Harini aku terbaca paper sinar harian sambil tunggu giliran (checkup) kisah seorang wanita yang mukanya macam kena penyakit panau atau balar (tompok putih di muka) yang sangat teruk.
 sebenarnya, aku sendiri pernah  kena. tapi nasib baik dah  hilang. tahun lepas, aku adalah  gatal beli satu produk ni sebab  tengok macam best je. beli satu  set. lepas pakai, muka aku  macam terbakar. pipi dan dahi  merah sampai kena tegur  dengan opismate. tapi aku  tetap teruskan pakai sebab aku  jenis tak percaya pakai sekejap  terus cantik.
 aku tanyalah seller, dia bgtau  suruh stop krim malam. then,  aku stop. masih sama. hampir  habis jugaklah aku guna tapi  dahi aku dah macam terbakar.

 lepas tu, aku serik dan  sekarang aku tetap guna local  product tapi yang 100%  organic saja. cumanya aku nak  bagi tips di sini pada sesiapa  yang nak guna produk  kosmetik tempatan. aku dapat  tips ni dari orang yang  pakar  perubatan jugak.
 CALIT KRIM MALAM ATAU KRIM SIANG DI  SPONGE(span) DAN BIARKAN SELAMA  BEBERAPA JAM. KALAU SPONGE BERTUKAR  JADI HITAM, STOP USING THAT PRODUCT.
 kalau aku bagitau, berapa banyak kosmetik tempatan popular yang sebenarnya bahaya, mesti ramai tak percaya. 
SELAMAT MENCUBA
Selain itu ini pula tips yang pernah diberikana oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad  untuk mengenalpasti produk itu berbahaya atau tidak.
Kalau ingin tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yang tinggi , boleh sapu sedikit krim produk itu pada cincin atau gelang emas .
Jika warnanya bertukar menjadi kelabu , itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri . Ini bukan sihir atau silap mata . Ini sains kimia .
Sumber: SK

Minum Air Detox Lemon Secara Berlebihan, Ada Kesan Sampingan

Sumber: livestrong.com
Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. Lemon kebiasaanya mejadi pilihan mereka yang berdiet. Buah-buahan  yang lain pun ada juga yang guna, tapi majoriti yang kami lihat lebih selesa menggunakan air lemon.
Tapi tahukah anda dengan meminum air lemon yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini.
#1 Hakisan gigi
Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita  turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas.
Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid.
#2 Pedih ulu hati
Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit.
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini.
#3 Kerap buang air dan dehidrasi
Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air.
Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.
Jangan sebab nak cepat kurus, penyakit lain pula yang datang. Utamakan kesihatan anda!

Tabiat Teh O Ais Boleh Mengundang Penyakit

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Astro Awani.
Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat berumur 56 tahun disahkan mengalami kegagalan buah pinggang berpunca dari tabiatnya yang suka minum teh O ais.
Lelaki tersebut dikatakan minum lebih empat liter teh O ais setiap hari. Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, hasil pemeriksaan hospital mendapati air kecingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.
Menurut Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas, komponen utama minuman tersebut iaitu teh hitam mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat yang sering dikaitkan dengan masalah buah pinggang.
Selain itu, Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.