Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

WAJIB TAHU! Hukum Berniaga Dan Berjual Beli Ketika Solat Jumaat

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.


Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT


Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para 
Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,
Zaharuddin ABd Rahman
www.zaharuddin.net
26 Oktober 2009

Membuang Air Besar Mengikut Cara Islam.. Subhanallah! Jangan Terkejut Apa Bakal Terjadi Kalau Tidak Amalkan..


Ada orang suka gunakan tandas duduk dan ada orang yang lebih selesa gunakan tandas cangkung. Tandas cangkung memang mudah untuk digunakan. Berbeza dengan tandas duduk yang bermacam cara orang gunakan sebabnya ada yang pijak pada tempat duduk tu dan sebagainya.
Tapi tahu tak sebenarnya walaupun duduk, anda masih menggunakan ia dalam cara dan posisi yang salah.
Kedudukan seperti ini sebenarnya menyebabkan kita sukar untuk membuang air besar kerana ianya seakan tersekat. Jadi tengok cara yang betul dan sebab kenapa melalui video di bawah.

Oleh: Aimi Nordin Sumber: FB Health Hacks  Gambar : Health advisor group

Apabila masuk tandas, kita digalakkan menutup kepala. Dikatakan syaitan akan buang air besar atas kepala kita. Sunnah buang air besar mengikut sunnah Nabi ialah dengan bercangkung dan mengiring ke kiri dan tangan menekan perut sebelah kiri.
Sunnah Nabi untuk membuang air kecil ialah dengan mengiring ke kanan, punggung kita duduk di atas kaki kanan. Tangan mengurut bahagian bawah pusat ke bawah bagi perempuan, dan lelaki digalakkan berdehem 3 kali supaya air kencing kita keluar semuanya dengan sempurna.

Terbukti, Buang Air Besar atau Berak Cangkung Banyak Kelebihan. Rasulullah SAW Sudah Ajar Lebih 1400 Tahun Lalu. Tonton Video Ini.

Manusia memang digalakkan mencangkung
Dalam Islam, setiap perlakuan ada caranya yang tersendiri. Cuba tanya agama lain, percayalah, mereka tiada ‘step-by-step’ atau cara-cara yang cukup terperinci seperti agama Islam.

Terbukti, Buang Air Besar atau Berak Cangkung Banyak Kelebihan. Rasulullah SAW Sudah Ajar Lebih 1400 Tahun Lalu. Tonton Video Ini.

Terbukti, Buang Air Besar atau Berak Cangkung Banyak Kelebihan. Rasulullah SAW Sudah Ajar Lebih 1400 Tahun Lalu. Tonton Video Ini.

Sumber dari Jakim, terdapat hadis tentang Adab Buang Air

Hadith:
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang:”Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?” Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.
Huraian Hadith:
  • Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.
  • Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
a. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Qur’an atau sebahagian dari ayat-ayatnya.
b. Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.
c. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
d. Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah.
e. Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.
f. Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.
g. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.
h. Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.
i. Dilarang bercakap ketika qada’ hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.
  • Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinjak dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.

Bukan mahu mempromosikan iklan ini. Tonton sahaja video komersil ini dan nilaikan sendiri.

Masyaallah!!! Budak 3 Tahun Ni MENANGIS Tak Henti2. Apa Doktor Jumpa Dalam Hidungnya Sgt MENGEJUTKAN !!!

Budak perempuan 3 tahun ni tak boleh tidur waktu malam dan asyik-asyik menangis je. Akhirnya mak bapak dia mengalah dan bawa di pergi klinik.

1

Doktor guna alat dipanggil Neti Pot. Sangat terkenal kat luar negara. Doktor cuba sedut hingus dan kahak budak tu. Korang mesti terkejut apabila jumpa. Tu diaaaaaaaaaa. Selambak hingus dan kahak. Tak dapat bayang budak kecil ni punyai hingus yang sangat banyak tersangkut di dalam. Patut la takleh tidur. Huhuhu. Boleh tengok video cara doktor tu rawat guna Neti Pot kat bawah ni. KREDIT HEALTHY FOOD TEAM.

Cara untuk Anda mengatasi masaalah Sukar untuk Solat Khusyuk




DIKISAHKAN ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk shalatnya. Namun dia selalu kawatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan shalat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa shalatku kali ini adalah shalat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kupaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.[]

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya.


Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. 

Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan yang terdapat bukan hanya memihak kepada lelaki, tetapi juga kepada isteri dan kesemua pihak.


Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini:

1) makan minum isteri.
  • Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
  • Duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

“Banyak produk kosmetik tempatan popular yang bahaya tapi ramai tak percaya” Wanita ini dedah cara untuk tahu sama ada produk kecantikan berbahaya atau tidak


Sejak kebelakangan ini dilihat banyak pula kisah orang ramai yang terkena dengan produk kecantikan dalam dan luar negara, rata-rata mereka memuatnaik naik di laman sosial berkaitan muka mereka yang ‘rosak’ selepas memakai produk yang dibeli.
Memang diakui diluar sana terdapat pelbagai produk kecantikan ada yang berasaskan kimia tidak sesuai dengan sesetangah kulit dan ada yang organik diperbuat daripada bahan semula jadi.
Ada produk yang merbahaya dipakai terutamanya produk tiruan yang menggunakan jenama terkenal.
Jadi bagaimana nak tahu produk berkenaan selamat digunakan atau tidak? seoran wanita bernama Shida Idris telah berkongsikan satu tips mudah untuk mengenal pasti produk berkenaan merbahaya atau tidak.
**Apa yang ditulis beliau adalah berdasarkan pengalamannya, bukan kajian saintifik mana-mana pakar kecantikan.
Jom kita baca.
Haritu aku ada terbaca viral kisah seorang anak gadis yang masih muda, muka dia teruk berjerawat lepas pakai satu produk tempatan. Harini aku terbaca paper sinar harian sambil tunggu giliran (checkup) kisah seorang wanita yang mukanya macam kena penyakit panau atau balar (tompok putih di muka) yang sangat teruk.
 sebenarnya, aku sendiri pernah  kena. tapi nasib baik dah  hilang. tahun lepas, aku adalah  gatal beli satu produk ni sebab  tengok macam best je. beli satu  set. lepas pakai, muka aku  macam terbakar. pipi dan dahi  merah sampai kena tegur  dengan opismate. tapi aku  tetap teruskan pakai sebab aku  jenis tak percaya pakai sekejap  terus cantik.
 aku tanyalah seller, dia bgtau  suruh stop krim malam. then,  aku stop. masih sama. hampir  habis jugaklah aku guna tapi  dahi aku dah macam terbakar.

 lepas tu, aku serik dan  sekarang aku tetap guna local  product tapi yang 100%  organic saja. cumanya aku nak  bagi tips di sini pada sesiapa  yang nak guna produk  kosmetik tempatan. aku dapat  tips ni dari orang yang  pakar  perubatan jugak.
 CALIT KRIM MALAM ATAU KRIM SIANG DI  SPONGE(span) DAN BIARKAN SELAMA  BEBERAPA JAM. KALAU SPONGE BERTUKAR  JADI HITAM, STOP USING THAT PRODUCT.
 kalau aku bagitau, berapa banyak kosmetik tempatan popular yang sebenarnya bahaya, mesti ramai tak percaya. 
SELAMAT MENCUBA
Selain itu ini pula tips yang pernah diberikana oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad  untuk mengenalpasti produk itu berbahaya atau tidak.
Kalau ingin tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yang tinggi , boleh sapu sedikit krim produk itu pada cincin atau gelang emas .
Jika warnanya bertukar menjadi kelabu , itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri . Ini bukan sihir atau silap mata . Ini sains kimia .
Sumber: SK

Tahnik dan Kebaikannya dalam Perubatan Moden


Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu.
Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan rutob (kurma muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah kurma tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (IbnHajar, Fath al-Bari 15/390).
Kajian sains juga menunjukkan bahawa seria rasa pada lidah (taste bud) pada bayi terhadap rasa masam dan manis telah terbentuk sejak dilahirkan. Tujuan ALLAH SAW menjadikan bayi mempunyai deria rasa pada usia yang awal ialah bagi menggalakkan mereka menikmati susu ibu mereka yang manis. Pemberian manisan di peringkat awal akan merangsangkan lagi deria rasa ini.
Dalam satu riwayat hadis, Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah SAW ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, “ya”. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya menghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansari alah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharhsahih Muslim 7/269).
Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar, kerana mengikut amalan rasulullah SAW kerana buah kurma adalah lembut dan manis.

Pada saintis dan doktor telah mengambil idea dari amalan bertahnik ini dalam membantu bayi yang baru dilahirkan mengurangkan rasa sakit ketika menjalani rawatan di wad NICU hospital.
Bagi ibubapa yang pernah diuji dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang dan dimasukkan ke dalam NICU, tentu kasihan melihat bayi-bayi mereka menangis apabila dicucuk dengan jarum untuk diperiksa tahap gula dalam tubuh bayi mereka setiap empat jam. Bayangkan dalam sehari, mereka dicucuk di tapak kaki sebanyak enam kali.
Begitu juga dengan bayi yang disuntik untuk vaksinasi. Mereka hanya diberikan ubat paracetamol apabila balik ke rumah, sedangkan kesakitan pada masa dicucuk, tidak diendahkan oleh sesiapa. Bayi yang tidak menangis ketika dicucuk tidak bermakna mereka tidak merasakan kesakitan.
Kesakitan akibat disuntik dengan jarum adalah sesuatu yang realiti. Ia dapat dikesan melalui perubahan pada perlakuan dan fisiologi mereka. Selain menangis, jantung mereka akan cepat berdegup, anak mata akan membesar, pernafsan mereka menjadi laju, kepekatan oksigen dalam darah akan menurun dan mengeluarkan peluh yang lebih banyak.

Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan agar bayi yang akan disuntik ini diberikan manisan sucrose, sama ada setelah disuntik dan sebaiknya beberapa minit sebelum disuntik. Amalan ini seolah-olah men’tahnik’ bayi yang akan disuntik.
Banyak kajian mendapati manisan sucrose yang terdapat sebagai manisan buah-buahan boleh dijadikan sebagai ubat menahan sakit (analgesic) kepada bayi. Dengan ini ubat-ubat penahan sakit yang lain seperti paracetamol dapat dielakkan.
(rujuk: Blass EM, Hoffmeyer LB. Sucrose as an analgesic for newborn infants. Pediatrics 1991;87:215-8.)

Malah buah kurma yang kaya dengan sucrose dan fructose adalah pilihan terbaik untuk dijadikan ubat penahan sakit.
Kajian seperti ini juga disokong oleh satu penulisan yang diterbitkan dalam yang diterbitkan dalam “Pakistan Armed Forces Medical Journal, 2009”manisan sucrose dapat mengurangkan rasa sakit bayi-bayi yang disuntik.
(rujuk: Shoaib Ali Khan, Mohammad Afzal, LutfullahJillani, Mehboob Sultan, MudassarHussain ‘Analgesic Effect of Sucrose observed during heel prick in healthy neonates’, Pakistan Armed Forces Medical Journal 2009)
Para saintis berpendapat bahawa mungkin rahsia kesan pemberian sucrose itu lebih kepada kesan rangsangan pengeluaran hormoneendorphins dalam tubuh bayi. Apabila bayi menikmati manisan, hormone ini yang memberikan rasa tenang, telah dikeluarkan dengan banyak.
(rujuk: Haouari N, Wood C, Griffiths G, Levene M. The analgesic effect of sucrose in full term infants: a randomised controlled trial. BMJ 1995;310:1498-500).
Namun begitu kesan penahan sakit ini bergantung kepada kepekatan sucrose yang digunakan. Semakin pekat, semakin berkesan. Selain itu ia juga bergantung kepada umur bayi itu.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kesan penahan sakit ini sangat berkesan apabila bayi masih berumur seminggu. Manfaat sucrose ini semakin berkurangan apabila bayi telah berumur 2 minggu ke atas.
(rujuk: Allan KD, White DD, Walburn JN. Sucrose as an analgesic for infants during immunisation injections. Arch Pediatr Adolesc Med 1996;150:270-4.)
Oleh itu amalan memberikan manisan (tahnik) kepada bayi yang baru dilahirkan, dan dirawat hospital sama ada dilahirkan cukup bulan atau pramatang adalah sangat sesuai dan selamat. Ini kerana doktor tidak memberikan sebarang ubat penahan sakit kepada bayi yang dicucuk kerana bimbang kesan ubat itu terhadap organ bayi yang masih belum matang.
Saya amat berharap agar amalan ini dapat diamalkan di hospital sama ada menggunakan susu ibu atau manisan dari buah kurma yang kaya dengan sucrose.
Wallahu a’lam
Rujukan dan bacaan lain:
1.Katme AM. Analgesic effects of sucrose were known to the prophet. BMJ 1995;311:1169.
2. Gray PH, Trotter JA, Langbridge P, Doherty CV. Pain relief for neonates in Australian hospitals: a need to improve evidence-based practice. J Paediatr Child Health 2006; 42: 10-3 .
3. Thompson DG. Utilizing an oral sucrose solution to minimize neonatal pain. J Spec PediatrNurs 2005;10:3-10.
4. Haouari N, Wood C, Griffith G, LeveneM.The analgesic effect of sucrose in full term infants: a randomized clinical trial .BMJ 1995; 310: 1498-1500.