Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah,
mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa
bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa
kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa
banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara
dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita
melakukan solat Dhuha.
Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana
Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim
atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit
akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi
sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid
kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah
rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan
masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan
anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang
yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang
malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu
seorang pun anak yatim.
Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari
Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan
sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an
dalam jadual harian kita.
Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala
baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci
seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat
untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia
adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan
para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan
dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada
keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam
kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal
mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan
permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yang saya
cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita
cintai. SILA SHARE DAN SEBARKAN
EmoticonEmoticon